Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ramai Terkejut Tyzo Sudah Berusia 58 Tahun, KJ Akhirnya Minta Tips Kekal Awet Muda Walaupun Sebenarnya Mereka Seusia

by Puteri Alia
January 17, 2024
Share on Facebook

Bercakap tentang usia, pasti ada antara kita yang pernah terfikir persoalan ini, “Kenapa lelaki lebih sering nampak muda daripada usia sebenar berbanding wanita sebaya?”

Jika kita perhatikan orang sekeliling, kita mungkin dapat meneka usia berdasarkan wajah dan karakter mereka.

Namun tak semua tekaan tepat kerana ada individu yang kelihatan ‘lebih muda’ dari usia sebenar mereka.

Meleraikan kekeliruan ramai tentang usianya yang dikatakan sudah mencecah hampir 58 tahun, bekas penyampai radio Hot FM Tyzo akhirnya mendedahkan usia sebenarnya.

Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zulqarnain Idris dalam satu temu bual menerusi panggilan telefon stesen Hot Fm memberitahu, dia seusia Khairy Jamaluddin yang lahir tahun 1976.

Ditanya penyampai radio stesen radio nombor satu tanah air itu iaitu Fara Fauzana tentang usia sebenarnya, Tyzo terdahulunya berseloroh sebelum membongkar usia sebenar.

“KJ, anda lahir pada tahun 1976, betul? Samalah kita,” jelasnya.

Khairy turut meminta tip daripada Tyzo untuk kelihatan awet muda dan jauh lebih muda berbanding usia.

“Saya kena berguru dengan andalah. Macam mana nak muda, macam mana nak menang ABP.

“Serious, you’re looking good bro (anda kelihatan muda),” celah Khairy.

Sementara itu, ketika berada dalam talian, Tyzo turut berseloroh sama ada pihak Hot FM ingin mengambilnya bekerja.

“KJ tak nak ajak saya bekerja dengan KJ ke?,” soal Tyzo.

KJ menjawab seraya tertawa: “Tak nak tak nak sebab awak sebaya dengan saya.”

Sebelum ini, selain kontroversi penamatan khidmat Tyzo sebagai penyampai radio Suria FM, antara yang mencuri tumpuan netizen adalah usia sebenarnya yang dikatakan sudah mencecah 58 tahun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Khairy Jamaluddinkjtyzo
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

China
Spotlight

3 Sebab Kenapa Peminat Dakwa Siri Romantik China Ini “Tiru” Filem ‘Fifty Shades of Grey’

by Nurul A.
September 4, 2026

Siri drama China yang ditayangkan di Netflix, 'The Early Spring', telah menjadi topik yang hangat di kalangan peminat sehinggakan ada...

Read moreDetails
Brigitte Macron
Spotlight

Ikut Jejak Ibu? Anak Brigitte Macron Didakwa Bercinta Dengan Pelajar Lelaki

by Nurul A.
September 3, 2026

Nampaknya kisah percintaan anak kepada isteri Presiden Perancis, Brigitte Macron, telah mencuri perhatian ramai. Tiphaine Auzière tampil memperkenalkan teman lelakinya...

Read moreDetails
wanita hari ini, whi
Spotlight

Wajah Baharu, Lebih Segar & Padat- Wanita Hari Ini Inspirasi Tanpa Sempadan

by Nurul A.
September 11, 2026

Program bual bicara wanita popular TV3, Wanita Hari Ini (WHI) bakal tampil dengan wajah baharu menerusi pendekatan yang lebih segar...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Spotlight

11 Tayangan Baharu Netflix Yang Patut Kamu Tonton Pada September Ini!

by Nurul A.
August 28, 2026

September bermula dengan drama yang mendebarkan, komedi yang menggelikan hati, dan rancangan kegemaran keluarga di Netflix. 11 Tayangan Menanti Penonton...

Read moreDetails
Spotlight

Astro Sapu 19 Anugerah AACA 2026, Good Boys Go to Heaven Paling Menyerlah

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau selama ini kita hanya tengok drama, filem atau rancangan Astro untuk hiburan, nampaknya hasil kerja di belakang tabir mereka...

Read moreDetails
Raja Charles III
Spotlight

Masih ‘Perang Dingin’, Raja Charles III Campur Tangan Dalam Konflik 2 Anaknya

by Nurul A.
October 5, 2026

Putera William dan Putera Harry dilaporkan masih belum berbaik semula. Hubungan mereka pula dikatakan masih tegang selepas Putera Harry memutuskan...

Read moreDetails
Spotlight

Selepas 19 Tahun, Apa Yang 3DIVA Mahu Dari Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 12, 2026

Ada lagu yang bila dimainkan semula, terus membawa kita kembali ke satu memori. Zaman sekolah, cinta pertama atau mungkin seseorang...

Read moreDetails
Foto - @mileycyrus (IG)
Spotlight

Bekas Penyanyi Disney Dakwa Jadi Mangsa Buli Miley Cyrus

by Nurul A.
August 28, 2026

Bekas penyanyi Disney, Jordan Pruitt telah menuduh penyanyi Miley Cyrus membulinya ketika mereka masih remaja.  Dakwaan itu telah mencuri perhatian...

Read moreDetails
Foto - @absolutbazaar (IG) / @heize80s (Threads)
Spotlight

Isi Surat Chester Bennington Untuk Siti Nurhaliza- “Dear Ms Siti…”

by Nurul A.
September 21, 2026

Selepas dua dekad tersimpan rapi, sepucuk surat daripada mendiang vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington untuk Biduanita Negara, Datuk Seri...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara