Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Ratusan Ribu Orang Sokong Petisyen Singkirkan Amber Heard Dari ‘Aquaman 2’

by Phic ARMAN
February 4, 2020
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Amber Heard dan kes perceraiannya dengan Johnny Depp diketahui telah memasuki fasa baru. Kerana, rakaman audio Amber dan Johnny baru-baru ini tersebar secara meluas, di mana aktres “Aquaman” mengakui jika dia melakukan kekerasan terhadap bekas suaminya.

(AP Photo/Joel Ryan, File)

Dengan tularnya rakaman audio ini, Amber Heard terus mendapat kecaman dari pelbagai pihak. Malah ada yang mahu membuka petisyen untuk pastikan dia diusir dari projek sekuel “Aquaman”, iaitu “Aquaman 2” yang dilaporkan akan segera dihasilkan oleh Warner Bros.

Dipetik dari News.com.au, mereka beramai-ramai mahu aktres itu tidak lagi memainkan watak Mera, yang mempunyai perasaan cinta terhadap Arthur Curry (Jason Momoa).

Sehingga artikel ini ditulis, petisyen bertajuk “Remove Amber Heard from Aquaman 2” [Hapus Amber Heard dari Aquaman 2] ditandatangani oleh sekitar 115 ribu peminat.

Petisyen ini ditujukan kepada Courtney Simmons, Courtney Simmons, SVP of Publicity & Communications DC Warner Bros dan Paul McGuire, Corporate Communications DC Entertainment. 

Jeanne Larson, yang membuka petisyen tu berkata, tujuannya mendapatkan tandatangan orag ramai bukan sahaja kerana Amber Heard melakukan penganiayaan, tetapi juga kerana dia menyebarkan berita palsu bahawa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Selepas Amber Heard diketahui dan terbukti menjadi pelaku kekerasan dalam rumah tangga, Warner Brothers dan DC Entertainment sepatutnya mengusir Amber Heard dari projek filem ‘Aquaman 2’. Mereka tidak boleh mengabaikan penderitaan yang ditanggung oleh mangsa atas perbuatan Heard, dan kita tidak boleh mengalu-alukan pelaku kekerasan dalam rumah tangga , “tulisnya.

Di sisi lain, dalam rakaman audio yang tersebar, Johnny dan Amber bercakap mengenai kejadian yang menyebabkan keganasan fizikal.

Pelakon cantik itu terdengar berkata,

“Saya tidak tahu apa yang berlaku pada tangan saya, tetapi kamu baik-baik saja. Saya tidak menyakiti kamu. Saya tidak menumbuk kamu, saya hanya memukul kamu, ”

“Saya tidak boleh berjanji bahawa ia akan menjadi lebih baik, saya tidak boleh menjanjikan yang saya tidak akan memukul lagi. Kadang, jika terlalu marah, saya tidak dapat mengawalnya”

Sebelum terbongkarnya rakaman audio ini, Johnny sudahpun memfailkan saman 50 juta dolar ke atas Amber atas dakwaan palsu dan cuba menjatuhkan reputasi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share16Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara