Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Saya Tak Nafi, Tak Iya” – Dayang Nurfaizah Didakwa Bakal Berkahwin Dengan Hael Husaini?

by Puteri Alia
May 2, 2025
76
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi bersuara emas, Dayang Nurfaizah, sekali lagi menjadi perhatian apabila timbul desas-desus mengatakan dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Ketika diminta mengulas spekulasi tersebut, Dayang memilih untuk tidak mengesahkan mahupun menafikannya. Katanya, dia kini sedang dalam fasa berkawan rapat dengan seseorang, namun menyerahkan soal jodoh sepenuhnya kepada ketentuan Ilahi.

Baginya, adalah lumrah bagi mana-mana wanita untuk menyimpan harapan agar bertemu jodoh dan melangkah ke alam perkahwinan, namun segalanya masih dalam ruang ketentuan yang belum pasti.

Tanpa menjelaskan secara terperinci mengenai siapakah jejaka bertuah yang kini dekat di hatinya, Dayang dilihat lebih senang untuk menyimpan hal peribadi itu secara tertutup. Malah, ketika diasak mengenai identiti lelaki berkenaan, Dayang hanya mengukir senyuman tanpa memberikan sebarang petunjuk.

Spekulasi mengenai hubungan istimewa itu dikatakan semakin hangat selepas pemilihan judul lagu rayanya yang terbaru berjudul Jodoh Di Hari Raya, yang secara tidak langsung membuat ramai tertanya-tanya sama ada ia petanda kepada sebuah kisah cinta yang bakal diakhiri dengan pernikahan. Namun bagi Dayang, semua itu mungkin sekadar kebetulan dan tidak lebih daripada tafsiran orang ramai yang teruja membuat andaian.

Terdahulu, gosip mengenai dua penyanyi terkenal yang sedang menjalin hubungan istimewa dan bakal berkahwin menjadi bualan dalam kalangan rakan industri, dan ramai menebak Dayang merupakan salah seorang daripadanya. Biarpun begitu, hubungan itu dikatakan dirahsiakan rapi dan sudah terjalin agak lama. Pasangan tersebut bijak menyembunyikan kisah cinta mereka daripada lensa umum, menyebabkan peminat hanya mampu berteka-teki tanpa sebarang kepastian.

Topik Berkaitan Hael Husaini Bakal Beraksi Di Jakarta Untuk '30th Asian Television Awards'

Dalam pada itu, Dayang kini sibuk membuat persiapan menjelang Konsert MeleTOP TVS yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup Miri, Sarawak pada 17 Mei ini. Beliau akan bergandingan dengan nama-nama besar industri seperti Hael Husaini, Mimi Fly, Stacy, Hafiz Suip dan Dolla dalam satu pentas yang dijangka menghiburkan ribuan peminat di Bumi Kenyalang. Konsert yang dinanti-nantikan itu turut menampilkan barisan pengacara popular termasuk Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, menambahkan lagi keterujaan menjelang malam persembahan tersebut.

Biarpun sibuk dengan kerjaya seni, Dayang tetap tidak lari daripada persoalan peribadi yang terus menghujani dirinya. Namun seperti biasa, penyanyi yang terkenal dengan imej tenang dan bersahaja ini lebih senang mengambil pendekatan berdiam diri sambil mengharapkan doa yang baik-baik daripada para peminatnya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dayangdayang nurfaizahhael husaini
Share30Tweet19SendShare

KINI TRENDING

Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Boleh Pilih Lagu & Tema? Ini 5 Fakta Konsert Ella: Sidang Penutup Yang Anda Perlu Tahu!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, Ella bakal menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen 2026...

Read moreDetails
Netflix Never Surrender
Filem

Baru Ditayangkan, Filem ‘Never Surrender’ Terus Lonjak Top 10 Netflix Malaysia & Global

by Nurul A.
November 18, 2026

Filem aksi asli terbaharu Netflix, 'Never Surrender' (Serangan Balik), telah menduduki tempat pertama dalam senarai 10 Filem Bukan Bahasa Inggeris...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Reunion! Raqim Ahmad Ada Sebab Istimewa Himpunkan Juara AF Di GV13

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, Gegar Vaganza Fantasia (GV13) tampil dengan pendekatan istimewa apabila menghimpunkan dua jenama hiburan yang cukup...

Read moreDetails
Filem Seram
Filem

4 Filem Seram Yang ‘Confirm’ Buat Kamu Tak Boleh Tidur Malam Ni!

by Nurul A.
November 15, 2026

Kebiasaannya hujung minggu merupakan waktu yang terbaik untuk menonton filem. Selain filem bergenre rom-com, thriller dan komedi, apa kata kamu...

Read moreDetails
Korea
Spotlight

Baru Episod 6, Netizen Korea Nak Boikot Drama “Doctor X: Mafia in White”?

by Nurul A.
October 27, 2026

Walaupun ada yang memuji "Doctor X: Mafia in White", namun baru-baru ini drama itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen...

Read moreDetails
Ko Kyung Pyo
Spotlight

Ko Kyung Pyo Mohon Maaf, Terlibat Insiden Mabuk Hingga Rempuh Trak Sampah

by Nurul A.
November 16, 2026

Pelakon Korea Selatan, Ko Kyung Pyo memohon maaf atas kontroversi memandu dalam keadaan mabuk baru-baru ini. Menerusi akaun Instagramnya, Kyung...

Read moreDetails
Cardi B
Spotlight

[VIDEO] “I Don’t Cook, I Don’t Clean?”- Peminat Usik Cardi B Sibuk Cuci Rumah Nenek

by Nurul A.
October 15, 2026

Penyanyi rap, Cardi B mencuri perhatian ramai selepas sebuah video tular memaparkan dirinya sedang sibuk mencuci rumah neneknya di Republik...

Read moreDetails
Dead-End Job
Spotlight

Drama Netflix “Dead-End Job”, Berbaloi Untuk Strim Atau Skip?

by Nurul A.
November 3, 2026

Mencari pekerjaan yang bergaji lumayan sememangnya sukar. Bayangkan bil terus menimbun dan hutang semakin 'membukit', ia boleh membuatkan kamu rasa...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  3. 3

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    Diet Tembikai Boleh Hilangkan Perut Buncit Dalam Seminggu?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara