Masih ingat lagi pada telefon bimbit Nokia 3310? Pada tahun 2000, Nokia telah mengeluarkan 3310, sebuah telefon yang mengubah industri telefon mudah alih secara keseluruhan. Dan kini, 17 tahun kemudian, mereka telah melancarkan semula.
Menurut pendedahan yang dibuat oleh Evan Blass, ia berharga € 59 (sekitar RM 327) dan akan dipersembahkan bersama telefon pintar baru Nokia yang lain semasa Kongres Dunia Mudah Alih pada 26 Februari. Ia masih belum dapat dipastikan sama ada telefon Nokia 3310 ini sama seperti dahulu atau ia sudah diperbaharui dengan mempunyai beberapa fungsi baru.
Telefon yang sangat klasik dari syarikat itu menjadi kegemaran pengguna dan difahamkan ia sangat popular kerana tahan lasak dan hayat bateri yang seolah-olah tidak ada kesudahan
Tetapi apabila syarikat-syarikat lain beralih kepada ciri papan sentuh atau touchscreen, ia semakin dilupakan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.