Dalam persembahannya di minggu kelapan, bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) iaitu Naqiu Boboy sekali lagi mendapat ‘standing ovation’ dari barisan juri rancangan realiti itu.

Tertekan Bawa Lagu ‘Percayalah’ 

Menurut Naqiu ketika ditemui Murai MY usai dari program itu berlangsung, dia akui terlalu banyak tekanan untuk membawakan lagu Percayalah dendangan asal Dato Sri Siti Nurhaliza.

Bukan sahaja diberi kepercayaan untuk membawakan lagu penyanyi kesayangan ramai itu malah dia juga berdepan cabaran untuk menjadikan lagu Percayalah itu mengikut versinya.

IKLAN

Bagi mendapatkan jiwa dalam lagu tersebut Naqiu turut bertindak mengasingkan dirinya sendiri daripada orang ramai. Tidak cukup dengan itu, Naqiu turut mendedahkan susunan muzik Percayalah turut diubah sehingga 3 kali sehinggalah sehari sebelum persembahan.

Bagaimanapun, tekanan yang dihadapinya berbaloi setelah ramai yang berpuas hati dengan persembahannya apatah lagi mendapat kedudukan teratas dengan perolehan markah sebanyak 73%.

“Susunan muzik lagu itu bertukar-tukar sebanyak tiga kali sejak dari Jumaat lagi. Sabtu paling mencabar kerana pada hari itu saya saya perlu ingat susunan baharu selain ada komitmen lain yang perlu saya tunaikan dalam masa yang sama. Saya tak nak menyanyi sebiji macam Tok Ti. Saya pun ada jumpa Tom Ram dan dia pun mahukan saya menyanyikan lagu ini dengan cara tersendiri”

Dedikasi Tinting Buat Arwah Ibu 

Dalam pada itu, pada minggu hadapan Naqiu diberi tugasan yang agak berat yang mana dia sekali lagi akan menyanyikan lagu penyanyi wanita. Jika sebelum ini lagu penyanyi nombor satu negara, kali ini dia akan menyanyikan lagu irama etnik kreatif dendangan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris yang berjudul Tingting.

Jelas penyanyi kepada lima orang cahaya mata ini, dia pernah menyanyikan lagu Irama Malaysia namun ianya adalah sejak berpuluh tahun dahulu ketika menyertai sebuah pertandingan.

Tidak menolak akan turut menerima tekanan, jelas Naqiu dia turut bersyukur dapat menyanyikan lagu ini yang didekasikan khas buat arwah ibunya.

IKLAN

“Memang saya akui saya pernah masuk pertandingan lagu-lagu asli tapi saya dah lama tak menyanyi lagu genre itu. Apa pun saya anggap persembahan ini dedikasi khas buat arwah ibu saya sebab beliau adalah juara dalam lagu genre seperti ini. Dalam masa yang sama, saya bersyukur juga kerana mendapat lagu ini sebab akhirnya walaupun arwah tidak sempat dengar tapi saya boleh bawakan lagu ini.

Insyallah beliau akan ‘dengar’ dimana-mana sekurang-kurangnya bapa saya juga pun dapat melihat persembahan saya kerana beliau adalah individu yang mengikuti perkembangan saya, orang yang menghantar saya ke pertandingan itu sebelum ini.Walaupun cabaran makin besar, apa pun nantikan persembahan saya pada minggu hadapan” katanya