Keadaan terkini kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dikatakan sudah mempunyai selera makan yang bertambah baik dan sempat berseloroh dengan ahli keluarganya.
Sudah Boleh Berseloroh Dengan Ahli Keluarga
Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Facebook rasmi Tun M, anak perempuannya iaitu Datin Paduka Marina Mahathir memberitahu kesihatan bapanya yang kini telah menunjukkan peningkatan dan sudah boleh berseloroh dengan ahli keluarga.
“Keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Bin Mohamad menunjukkan peningkatan hari ini. Beliau mempunyai selera makan yang bertambah baik dan sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisi beliau di Institut Jantung Negara (IJN).”- Datin Paduka Marina Mahathir
Mohon Orang Ramai Agar Tidak Terlalu Bimbang
Tambahnya lagi, Marina Mahathir memberitahu bahawa bapanya memohon orang ramai agar tidak terlalu bimbang dengan keadaannya kesihatannya sewaktu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
“Beliau juga memohon agar orang ramai tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya”-Datin Paduka Marina Mahathir
Jelas Marina, Tun M akan terus mendapatkan rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar tempatan, dan pihak IJN masih tidak membenarkan pelawat lain selain dari keluarga terdekat.
Sama-samalah kita doakan agar Tun M diberikan kesembuhan dengan cepat..
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.