Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Ryzal Ibrahim Pertahan Alif Satar Selepas Netizen ‘Sindir’ Kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’-“Biar Dikeji Berbuat Baik…”

by Naddy Joe
January 4, 2024
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui, pelakon dan penyanyi, Alif Satar kini sedang rancak menjalankan gerakan untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah, ‘Geng Subuh Macam Jumaat’.

Inisiatif yang dijalankan sejak Disember Disember 2021 itu bertujuan untuk menggalakkan umat Islam untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah dan memeriahkan perkarangan masjid seperti waktu solat Jumaat.

Ada Yang Kurang Senang Dengan Usaha Murni Alif?

Walaubagaimanapun, terdapat individu yang kurang senang dengan usaha murninya itu, malah ada yang menyifatkan pihak terlibat hadir solat berjemaah hanyalah semata-mata untuk bertemu dengan pelakon berkenaan.

“Kesian. Nak sembah tuhan pun perlukan influenza. Tak tahu mana satu tuhan. Gi masjid sebab ada Alif Satar dengan Khairul Aming?.”-ciapan seorang netizen di X

“Biar Dikeji Berbuat Baik Daripada…”

Tidak berdiam diri, personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim tampil mempertahankan Aliff dengan menegaskan bahawa adalah lebih baik dikeji melakukan kebaikan berbanding melakukan perkara yang sia-sia seperti individu terlibat.

“Biar dikeji berbuat baik daripada dikeji berbuat perkara yang sia-sia macam pengguna X tu. Kita doakan pengguna X tu turut serta dalam jemaah subuh juga.”-komen Ryzal di Instagram

Tambahnya lagi, dia turut menitipkan ucapan terima kasih buat Aliff yang berjaya mencetuskan fenomena positif berkenaan dan memuji sikap penyanyi itu yang sangat merendah diri biarpun mendapat pujian ramai dengan kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’.

“Apapun saya berterima kasih pada Alif Satar untuk cetuskan fenomena ini. Walaupun saya bangun subuh tapi saya ke masjid lain. Sejak akhir-akhir ni sahaja saya ikut Alif ke masjid sama sebab rumah kita berdekatan.

Bila saya ucap, ‘tahniah Alif, you memang hebat’. Dia selamba jawab, ‘Allah yang hebat, bukan aku, ni semua Allah buat’, lebih kurang macam tu lah ayat dia. He is just down to earth. I learnt a lot from him.”-kongsi Ryzal lagi

Buat baik dihina, buat jahat lagi lah dihina orang. Apa komen anda?

What’s your Reaction?
+1
1
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Alif Satar Sambung Duta, GB Gold Pula Lancar Emas Bentuk Keris. Lengkap Warisan & Inspirasi!
Alif Satar
https://lomp.at/vfucz
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem