Rasanya kalau kita letak gambar Sasha Saidin yang terkini dan gambarnya ketika berada dalam kumpulan Elite secara bersebelahan, pasti tiada perbezaan yang ketara kan?
Bakal menginjak ke usia 47 tahun, Miss Murai sangat suka melihat penampilan Sasha Saidin. Mana taknya, dia memiliki raut wajah yang sangat cantik, berdarah kacukan dan juga pandai menjaga dirinya.
Kalau kamu nak tahu, selain mewarisi kecantikan ibunya, Sasha mendedahkan yang dirinya ada mengamalkan beberapa petua kecantikan sejak daripada remaja lagi. Antaranya adalah:
- Sasha akan pastikan dia membersihkan wajah daripada sebarang solekan sebelum tidur.
- Di sebahagian wajah seperti bahagian T dan hidung, dia akan gunakan skrub untuk buang kotoran, blackhead serta whitehead.
- Untuk rambut yang sihat dan berkilat, Sasha akan gunakan minyak kelapa dara sekurang-kurangnya 1 kali setiap 2 minggu. Sasha menyatakan minyak rambut dengan hint bauan bunga jasmin adalah kegemarannya.
- Untuk kesihatan badan pula, Sasha akan habiskan masa bersukan di gim. Jika tiada waktu, dia akan berjalan sekurang-kurangnya 5km atau lebih.
- Pengambilan makanan pula secara sederhana untuk pastikan gaya hidup menjadi lebih aktif dan sihat.
Semoga bermanfaat!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.