Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ada ‘Objek Besi’! Aeril Zafrel Dedah Disihir

by Khai Azfar
February 8, 2021
Share on Facebook

Pelakon Aeril Zafrel menerusi hantaran di laman Instagram membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dirinya dan keluarga cuba disihir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini.

Syukur Terselamat

Dalam hantaran itu, Aeril berkongsi sekeping foto yang memperlihatkan tiga bentuk objek seakan besi dengan ukiran tertentu yang tidak difahami. Beranggapan sebagai ujian dan dugaan, Aeril memanjatkan rasa syukur apabila dirinya dan keluarga terselamat daripada perbuatan khianat itu hasil bantuan daripada pihak yang arif dalam bidang ini.

“Setiap orang ada ujian, cubaan dan dugaan masing-masing. Hanya dengan pertolongan Allah sahaja segalanya dipermudahkan jalan keluarnya dan mampu dihadapi dengan tenang”

“Begitu juga dengan saya, Alhamdulillah. Allah hantarkan bantuannya menerusi orang yang arif – saya dan keluarga terselamat daripada permainan ilmu sihir ‘seseorang’ baru-baru ini” dedah Aeril

Aeril Mohon Maaf, Ajak Berbincang 

Menerusi hantaran yang sama, Aeril turut mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan pernah dilakukannya sehingga terdapat pihak tertentu cuba berbuat sedemikian. Bagaimanapun, suami kepada pelakon Wawa Zainal ini telah memaafkan perbuatan tersebut dan mengajak mereka yang tidak berpuas hatinya untuk bertemu berbincang secara baik.

“Barangkali ada salah dan khilaf yang saya tak sedari, saya dengan rendah hati memohon maaf pada pihak yang terasa hingga tergamak melakukan percubaan sihir itu”

“Sejujurnya saya memaafkan perbuatan aniaya ‘pihak itu’ kepada saya. Selebihnya saya serahkan pada Allah Rafiqul A’la. Semoga bertaubat dengan sesungguhnya”

“Sekiranya masih ada lagi rasa tidak puas hati atau ingin melampiaskan amarah atau menegur kesilapan saya – marilah bertemu secara nyata dan insyaAllah saya akan berlapang dada untuk mendengarnya dan membetulkan apa jua kesalahan saya jika ada” tulisnya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)

Dalam perkembangan lain, difahamkan Aeril bakal tampil dengan sebuah produk makanan keluaran syarikatnya tidak lama lagi.

Tareq Fit Tegur Aeril Zafrel- "Jangan Jadi Dayus, Tak Rasa Cemburu Ke?"
Aeril Zafrel
https://lomp.at/4vg86
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Andi Bernadee Dituduh Kurus Seperti Penagih, Ini Responnya!

by Naddy Joe
April 10, 2026

Penampilan terkini penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee mencetuskan rasa bimbang para peminat selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Foto - @azarazmiofficial (FB)
Lokal

“Penat Hidup, Kesilapan Aku Terlalu Percayakan Orang”- Azar Azmi

by Nurul A.
April 9, 2026

Selepas sekian lama menyepi daripada perhatian umum, pelakon Azar Azmi akhirnya tampil membuka mulut, menjelaskan khabar angin mengenai rumah tangganya....

Read moreDetails
Foto - @marissadania_ (IG)
Lokal

“Saya Tak Dapat Hak Isteri Yang Sepatutnya, Seadilnya”- Luahan Marissa Dania Undang Kecaman

by Nurul A.
March 31, 2026

Selepas pempengaruh Umisya Mazlan memuat naik hantaran di Threads, meminta orang ramai tidak mengaitkan dirinya dalam isu rumah tangga suaminya,...

Read moreDetails
Berita

Marshall Hidupkan Suasana Dengan Bromley 450

by Naddy Joe
April 11, 2026

Marshall memperluaskan rangkaian speaker parti dengan pelancaran Bromley 450. Mewarisi rekaan ikonik Marshall seperti model lebih besar, Bromley 750, speaker...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara