Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ameera Khan Menangis Terharu, Akhirnya Dapat Restu Bercinta Dengan Jefri Nichol

by Puteri Alia
May 26, 2025
918
KONGSIAN
Share on Facebook

Ameera Khan, pempengaruh media sosial yang juga adik kepada selebriti terkenal Neelofa, baru-baru ini tersentuh hati apabila menerima komen positif daripada seorang pengikut mengenai hubungannya bersama pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol. Komen tersebut hadir selepas Ameera, atau nama penuhnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, memuat naik beberapa video romantik percutian mereka di sebuah pulau yang memperlihatkan kemesraan pasangan itu.

Pengikut tersebut meluahkan harapan agar hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin, sambil meminta Ameera agar tidak mengendahkan komen-komen buruk yang sering dilemparkan netizen. Komen yang berbunyi, “Romantiknya Jefri dengan Ameera Khan. Semoga kamu berdua berjodoh. Abaikan segala komen-komen buruk dari netizen yang suka menghina kamu berdua,” kemudian dikongsikan semula oleh Ameera dalam Instagram Story miliknya.

Reaksi yang diberikan Ameera cukup menyentuh apabila dia mengaku hampir menitiskan air mata membaca kata-kata tersebut. “Sedih la saya awak cakap macam ni. Sekarang saya nak menangis di bucu katil,” balasnya dengan ringkas, namun penuh makna.

Kata-kata itu seolah-olah menggambarkan kelegaan dan rasa dihargai oleh mereka yang memahami serta menyokongnya, terutama ketika berdepan dengan pelbagai kecaman dalam dunia maya. Dalam diam, Ameera memberi isyarat bahawa dia menghargai setiap doa dan sokongan yang ikhlas, walaupun ruang maya sering kali menjadi medan kecaman terhadap hubungan cintanya dengan Jefri.

Topik Berkaitan [VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- "Kaya, Dia Perlu 'Maintain' Saya"

Untuk makluman, hubungan Ameera dan Jefri pernah dikatakan berakhir sekitar Oktober 2021 apabila mereka berhenti mengikuti akaun Instagram masing-masing. Namun, percintaan mereka kembali bertaut menjelang penghujung Mac tahun lalu dan sejak itu, kedua-duanya dilihat semakin terbuka berkongsi detik-detik manis bersama. Sama ada melalui gambar mahupun video, pasangan ini tidak lagi segan untuk menunjukkan kebahagiaan mereka kepada umum.

Meskipun sering diasak dengan komen-komen sinis daripada segelintir pengguna media sosial, Ameera tampak tenang dan matang dalam menghadapinya. Malah, dia kini lebih aktif berkongsi kehidupannya bersama kekasih hati, menzahirkan rasa yakin terhadap pilihan hatinya. Detik manis yang dilalui bersama Jefri tidak hanya menjadi perhatian peminat, malah membentuk sisi baharu dalam perjalanan peribadi Ameera sebagai seorang wanita muda yang tidak gentar mencintai secara terbuka, walaupun berdepan pelbagai ujian.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ameera khanjefri nichol
Share367Tweet230SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Manusia Lebih Menakutkan Daripada Hantu? Confessions Of A Shaman Bongkar Kisah Dendam Berdarah

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Kadangkala, perkara paling menakutkan bukanlah sesuatu yang muncul dari alam ghaib, tetapi manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan...

Read moreDetails
Penyanyi Mexico
Spotlight

Penyanyi Mexico Tuai Kecaman, Tampil Gayakan Korset Dada Lelaki

by Nurul A.
November 19, 2026

Di Anugerah Grammy Latin 2026, penyanyi Mexico Sofia Monroy telah menarik perhatian dengan korsetnya yang menyerupai badan lelaki. Penampilannya itu...

Read moreDetails
Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Imran Khan
Spotlight

Aktor Imran Khan ‘Diusir’ Dari India Selepas Sertai Protes Politik

by Nurul A.
October 20, 2026

Aktor Bollywood Imran Khan dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan India menjelang akhir Oktober selepas pihak berkuasa mendakwanya melanggar peraturan imigresen....

Read moreDetails
Spotlight

NEXZ Bakal Gegarkan Zepp KL Mei 2027, NEX2Y Malaysia Jangan Terlepas!

by Phic ARMAN
November 18, 2026

Peminat K-Pop di Malaysia, boleh mula bersiap sedia! Kumpulan lelaki tujuh anggota dari Korea Selatan, NEXZ bakal mengadakan konsert pertama...

Read moreDetails
Foto - @soganzi_51 (IG)
Spotlight

Bukan Hadiah Biasa, So Ji Sub ‘Belanja’ Peminat Taiwan Jongkong Emas!

by Nurul A.
November 11, 2026

Aktor popular Korea Selatan, So Ji Sub telah mengejutkan orang ramai dengan sikap murah hatinya. Dia bukan sahaja menghadiahkan kakitangan...

Read moreDetails
Sunshine Through The Rain
Spotlight

Selepas ‘Luke-Flora’, “Sunshine Through The Rain” Bakal Buat Kamu Ketagih C-Drama!

by Nurul A.
November 23, 2026

Selepas fenomena "The Early Spring", ramai yang mula tertarik untuk menonton drama China (C-Drama) yang lain. Dan yang baharunya, "Sunshine...

Read moreDetails
Filem Seram
Filem

4 Filem Seram Yang ‘Confirm’ Buat Kamu Tak Boleh Tidur Malam Ni!

by Nurul A.
November 15, 2026

Kebiasaannya hujung minggu merupakan waktu yang terbaik untuk menonton filem. Selain filem bergenre rom-com, thriller dan komedi, apa kata kamu...

Read moreDetails
Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Spotlight

“Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya”- Izara Aishah

by Nurul A.
October 20, 2026

Pelakon Izara Aishah mencuri perhatian selepas menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di platform Threads baru-baru ini. Menyedari...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  3. 3

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    Diet Tembikai Boleh Hilangkan Perut Buncit Dalam Seminggu?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara