Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Gara-gara Bengkung, Nur Sajat Bakal Disaman Kerana Fitnah

by Phic ARMAN
July 8, 2019
Share on Facebook

Sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh NHA Advocates & Solicitors sebentar tadi mengesahkan bahawa mereka telah dilantik secara rasmi oleh Suzyyana binti Sulaiman untuk memfailkan saman terhadap usahawan Nur Sajat Kamaruzzaman atas fitnah yang dibuat oleh usahawan tersebut.

Suzzy, bekas stokis untuk perniagaan korset Nur Sajat, telah memilih firma NHA Advocates & Solicitors untuk mengambil tindakan atas sebab menidakkan haknya sebagai stokis yang sah serta atas dakwaan fitnah bahawa bengkung yang dijualnya adalah
kononnya palsu sedangkan ia adalah bengkung asli yang dibeli secara sah sebagai stokis.

https://www.instagram.com/p/BzpTfDTAfaS/

Fitnah dan laporan Nur Sajat tersebut telah menyebabkan pejabat anak guam telah diserbu oleh pegawai KPDNKK yang selanjutnya merampas bengkung milik anak guam, dan seterusnya menyebarkan fitnah dan menyebabkan anak guam mengalami kerugian berterusan dan mengalami kerosakan reputasi.

Menurut Nurul Hafidzah Hassan, wakil peguam daripada NHA Advocates & Solicitors, anak guam ingin menuntut ganti rugi kerana kehilangan reputasi, gangguan emosi dan kerugian perniagaan yang dialami dan juga bagi kenyataan-kenyataan fitnah dan tuduhan-tuduhan yang telah disiarkan oleh usahawan tersebut.

“Kami juga ingin mengesahkan bahawa beberapa anak guam kami yang lain telah tampil dengan tuntutan yang sama terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd, dengan itu kami sudah bersedia untuk memulakan beberapa tindakan undang-undang terhadap usahawan berusia 34 tahun itu dalam masa terdekat,” kata Nurul Hafidzah Hassan yang juga mewakili selebriti Linda Rafar dalam kes saman fitnah beliau.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
NHA Advocates & Solicitorsnur sajatSuzyyana binti Sulaiman
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Puteri Sarah Sentuh Soal Jodoh, Kaitkan Tentang Sekufu Dari Kisah Tun M & Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Bila bercakap tentang jodoh, ramai mungkin terus fikir tentang pasangan yang boleh buat kita bahagia. Tetapi bagi pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Foto - @mtv (IG)
Korea

Kalahkan Ariana, Olivia Hingga Taylor Swift, BLACKPINK Lisa Dituduh “Beli” Anugerah VMA

by Nurul A.
October 1, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa telah memperoleh kemenangan besar untuk kerjaya solonya di MTV Video Music Awards (VMA) 2026. Kemenangannya itu...

Read moreDetails
Spotlight

JessC Gegar Amerika! Bawa Pulang Gelaran World Artist of the Year

by Phic ARMAN
September 27, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar nama artis tempatan beraksi di pentas Malaysia, JessC pula nampaknya semakin selesa membawa muziknya...

Read moreDetails
Siti Nurhaliza TokTi
Spotlight

Individu Cari Isteri Pandai Gosok Baju, Komen TokTi Buat Ramai Dekah- “Dato K Pun…”

by Nurul A.
September 25, 2026

Hantaran seorang pengguna Threads, dikenali dengan nama Airell Rezell, mengenai ciri pasangan idaman yang pandai menggosok pakaian telah mengundang perhatian...

Read moreDetails
Spotlight

“Yang Berbahagia Datuk Siti Roziana Binti Zin” – Peminat Ucap Tahniah Buat Ziana Zain

by Phic ARMAN
August 24, 2026

Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain, menerima ucapan tahniah daripada peminat selepas menerima pengiktirafan dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang...

Read moreDetails
Miss Trans World
Spotlight

Miss Trans World Thailand 2019 Kembali Jadi Lelaki Setahun Selepas Raih Mahkota

by Nurul A.
October 14, 2026

Pernah menyandang gelaran Miss Trans World Thailand pada tahun 2019, Trithippnipa Thippaphada yang kini dikenali dengan nama ARM, pernah mencetuskan...

Read moreDetails
Spotlight

Selepas 19 Tahun, Apa Yang 3DIVA Mahu Dari Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 12, 2026

Ada lagu yang bila dimainkan semula, terus membawa kita kembali ke satu memori. Zaman sekolah, cinta pertama atau mungkin seseorang...

Read moreDetails
Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
will hyde, blvckheart
Spotlight

will hyde & BLVCKHEART Lancar Single Kolaborasi “love 4 granted”

by Nurul A.
September 29, 2026

Artis indie-pop dan R&B Australia, will hyde, kembali dengan single terbaharunya, ‘love 4 granted’, sebuah lagu kolaborasi bersama artis hip-hop Thailand,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara