Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Ramai Tak Tahu! Eufloria Gardens & Sculpture Park Rupanya Ada Floral Glasshouse Terbesar Di Malaysia

by Farah Fatihah
May 16, 2026
Gambar: Official Website @

Gambar: Official Website @

18
KONGSIAN
Share on Facebook

Eufloria Gardens & Sculpture Park merupakan taman bunga dan alam semula jadi terbaru di Genting Highlands yang merupakan tempat yang santai dalam suasana nyaman tanah tinggi.

Terletak kira-kira 1,000 meter dari aras laut, tempat ini menggabungkan elemen taman bunga, seni arca, glasshouse, air terjun, dan aktiviti mesra keluarga dalam satu tempat.

Lebih menarik lagi, Eufloria turut menempatkan floral glasshouse terbesar di Malaysia dengan lebih 30,000 bunga bermusim yang sentiasa berubah mengikut tema tertentu. Jadi, setiap kali datang, pengunjung boleh menikmati suasana yang berbeza.

1. Zodiac Pavilion

Gambar: Official Website @Eufloria Gardens & Sculpture Park

Zodiac Pavilion merupakan antara kawasan yang paling menarik perhatian pengunjung sebaik sahaja melangkah masuk ke Eufloria.

Di sini terdapat air terjun indoor besar lengkap dengan paparan digital LED yang menjadikan suasana lebih immersive dan unik. Bunyi air yang mengalir bersama efek kabus membuatkan ruang ini terasa lebih tenang dan nyaman.

Selain itu, beberapa arca Zodiac bersaiz besar turut dipamerkan di sekitar kawasan ini dan menjadi antara spot bergambar popular dalam kalangan pengunjung.

2. Rainforest Grove

Gambar: Official Website @Eufloria Gardens & Sculpture Park

Bagi yang sukakan suasana kehijauan, Rainforest Grove menyediakan tempat untuk berjalan dalam kawasan yang dipenuhi tumbuhan tropika eksotik.

Sepanjang laluan, pengunjung boleh melihat pelbagai arca haiwan yang diperbuat daripada bahan lestari sambil menikmati suasana seperti berada di dalam hutan tropika.

Menariknya, terdapat juga canopy walk yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan kawasan hijau dari aras lebih tinggi.

Topik Berkaitan Hanya 1 Jam Dari KL, Resort World Awana Destinasi Terbaik Untuk Musim Cuti Sekolah!

3. Garden of the Seasons

Garden of the Seasons merupakan tarikan utama di Eufloria dan menempatkan lebih 30,000 bunga bermusim dari pelbagai jenis dan warna.

Dekorasi bunga di sini akan berubah setiap beberapa bulan, menjadikan setiap lawatan terasa berbeza.

Di tengah-tengah glasshouse ini juga terdapat hiasan inspirasi bunga raya yang menjadi antara lokasi wajib untuk bergambar.

Gabungan bunga berwarna-warni dan suasana dalam glasshouse memang memberi pengalaman yang cukup menarik untuk pengunjung.

4. Enchanted Orchard

Enchanted Orchard pula menawarkan suasana lebih santai dengan kehadiran pelbagai pokok buah-buahan dan kawasan vineyard yang cantik.

Pengunjung boleh berjalan sambil menikmati suasana hijau serta aroma buah-buahan yang menyegarkan.

Selain itu, terdapat juga ruang untuk menikmati light refreshments bagi mereka yang ingin berehat seketika selepas berjalan.

5. Barnyard Pals

Bagi yang datang bersama keluarga dan anak-anak, Barnyard Pals pasti menjadi antara tempat kegemaran anak-anak.

Di sini, pengunjung boleh melihat dan berinteraksi dengan haiwan seperti kambing, arnab dan beberapa haiwan lain dalam suasana petting zoo yang mesra keluarga.

Kanak-kanak juga boleh mencuba aktiviti pony ride yang disediakan.

6. The Living Market

The Living Market sesuai untuk mereka yang minat berkebun atau sukakan tumbuhan hiasan.

Di sini terdapat pelbagai pilihan pokok pasu, benih tanaman, peralatan berkebun dan keperluan tanaman lain yang boleh dibeli untuk dibawa pulang.

Topik Berkaitan Agoda & Resorts World Genting Bergabung, Tempahan Percutian Kini Lebih Mudah!

Walaupun sekadar berjalan melihat koleksi tumbuhan, kawasan ini tetap menarik untuk diterokai.

7. Harmony Garden (He Yuan)

Harmony Garden (He Yuan) memberikan suasana yang lebih tenang dan santai untuk pengunjung berehat.

Dengan susunan batu, tumbuhan hijau dan air terjun kecil, kawasan ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati suasana damai jauh daripada kesibukan bandar.

Memang sesuai untuk duduk santai sambil menikmati udara sejuk Genting Highlands.

8. The Clubhouse

Selepas penat berjalan, pengunjung boleh singgah ke The Clubhouse yang menawarkan ruang makan dengan pemandangan panorama Genting Highlands.

Restoran ini menyediakan pilihan menu tempatan dan antarabangsa dalam suasana santai dan selesa.

Bagi yang ingin berehat sambil menikmati makanan dengan pemandangan tanah tinggi, tempat ini memang sesuai untuk disinggah.

9. Genting Nature Adventures (GNA)

Selain taman bunga dan glasshouse, Eufloria turut menampilkan Genting Nature Adventures (GNA), iaitu pengalaman nature walk berpandu dalam kawasan hutan hujan Genting Highlands.

Program ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali biodiversiti, flora dan fauna tempatan sambil mempelajari kepentingan penjagaan alam sekitar.

Ia juga melibatkan kerjasama bersama pakar alam sekitar dan organisasi berkaitan bagi memberi pengalaman pembelajaran yang lebih menarik kepada pengunjung.

Cara Untuk Ke Eufloria Gardens & Sculpture Park

Kereta

Bagi yang memandu sendiri, kalian boleh terus menuju ke Gohtong Sentral (Genting SkyWay) yang turut menyediakan kawasan parkir untuk pengunjung.

Topik Berkaitan Wow, Tak Perlu Ke Luar Negara! Rasa Salji Betul Di SnowWorld Genting Highlands

Selepas membeli tiket di kaunter yang disediakan, pengunjung hanya perlu melalui laluan berbumbung yang terus menghubungkan ke Eufloria Gardens & Sculpture Park.

Bas

Pengunjung juga boleh menaiki bas terus ke Genting Highlands Premium Outlets sebelum meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan shuttle percuma atau e-hailing ke Gohtong Sentral.

Perkhidmatan shuttle percuma turut disediakan dari dan ke beberapa lokasi seperti:

  • Resorts World Awana
  • Gohtong Jaya
  • Gohtong Sentral & Eufloria Gardens & Sculpture Park
  • Gohtong Memorial Park
  • Sky Sentral Bus Terminal

Shuttle ini khusus untuk tetamu Resorts World Awana sahaja.

Cable Car

Bagi yang ingin menikmati pemandangan Genting Highlands dari udara, kalian juga boleh menaiki Genting SkyWay.

Perjalanan sejauh 3.4 kilometer ini mengambil masa kira-kira 15 minit dan menawarkan akses terus dari Resorts World Station di puncak ke Gohtong Sentral Station.

Selain lebih cepat, pengalaman menaiki cable car ini juga menjadi antara aktiviti yang menarik untuk dicuba ketika berada di Genting Highlands.

Bagi MURAI, tempat ini sangat sesuai untuk bawa keluarga dan kawan-kawan untuk meneroka taman bunga dan juga boleh cipta kenangan bersama mereka sambil ambil gambar di tempat yang cantik ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Eufloria Gardens & Sculpture Parkfloral glasshousegenting highland
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

“Bestnya Kalau Dapat Duet…”- Impian Marsha Dengan Ungu Kini Jadi Nyata

by Phic ARMAN
July 25, 2026

Ada impian yang kita simpan dalam hati tanpa berani cakap kuat-kuat. Itulah yang berlaku kepada Marsha Milan apabila hasratnya untuk...

Read moreDetails
Gambar: Official Website @The Habitat Penang Hill
LifeXplore

Ramai Tak Tahu! The Habitat Penang Hill Jadi Port Wajib Singgah Pencinta Alam Semula Jadi

by Farah Fatihah
July 5, 2026

Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan menarik. Selain menikmati makanan tempatan dan mengunjungi kawasan warisan bersejarah, negeri ini...

Read moreDetails
Foto - Sunshine Bakeries
Selera

Sunshine Bakeries Perkenal Siri Dorayaki Baharu Dengan Inti Durian Musang King

by Nurul A.
July 4, 2026

Lembut, gebu dan digemari oleh pelbagai generasi, Dorayaki telah lama menjadi antara snek paling ikonik dari Jepun dan kini Sunshine...

Read moreDetails
Tarikan Terengganu Kini Lebih Mudah Diakses
LifeXplore

Terengganu Kini Lebih Mudah Diterokai Dengan redBus

by Phic ARMAN
July 24, 2026

Kalau sebut redBus, mesti ramai terus terbayang platform tempahan tiket bas. Tapi kali ini, redBus tampil dengan misi yang lebih...

Read moreDetails
Foto - KC Global Media
Sukan

KC Global Media Umum Siri Pengembaraan Terbaru “AXN Ultimate Challenge: Sarawak”

by Nurul A.
July 30, 2026

KC Global Media Asia mengumumkan pelancaran siri pertandingan realiti pengembaraan terbaharunya, "AXN Ultimate Challenge: Sarawak". Siri ini merupakan kerjasama antara...

Read moreDetails
Gambar: Official Website @The Lost Paradise
LifeXplore

Tak Perlu Ke Bali! Lost Paradise Resort Di Pulau Pinang Ini Rasa Macam Resort Tropika

by Farah Fatihah
June 28, 2026

The Lost Paradise Resort merupakan sebuah resort butik yang semakin menjadi perhatian pelancong yang mencari percutian lebih santai dan dekat...

Read moreDetails
Bisnes

Rahsia Di Sebalik Nasi Lemak Pak Man: Port Makan Nostalgik Di Tengah Bandar

by Phic ARMAN
June 20, 2026

Kalau anda peminat nasi lemak dan sedang mencari port makan dengan suasana yang mengimbau kenangan lama, MURAI ada satu lokasi...

Read moreDetails
LifeXplore

Che Puan Sarimah Ibrahim Dipilih Jadi Duta Labrich, Lancar Dua Produk Kesihatan Baharu

by Phic ARMAN
July 1, 2026

Personaliti terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim diumumkan sebagai duta rasmi jenama kesihatan Labrich dalam majlis eksklusif The Labrich Reveal: Nurturing...

Read moreDetails
LifeXplore

Ramai Datang Tengok Ironman, Tapi Tak Ramai Tahu Desaru Coast Ada Semua Ini!

by Phic ARMAN
August 11, 2026

Sejujurnya, sebelum tiba di Desaru Coast, tidak terfikir bahawa destinasi peranginan ini boleh menjadi begitu meriah apabila berlangsungnya acara berskala...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Belajar Menunggang Kuda? Kelab Kuda Al Heyzum Ada Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Dicuba

by Farah Fatihah
June 21, 2026

Kelab Kuda Al Heyzum bukan sahaja menyediakan kelas menunggang kuda, malah menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  5. 5

    [VIDEO] Tiba-Tiba Jadi Maskot Rumah Sukan, Reaksi Khairul Aming Buat Ramai Berdekah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara