Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Usahawan Berlian, Laniado Maut Ketika Pembedahan Alat Sulit

by Khai Azfar
March 7, 2019
Share on Facebook

Ehud Arye Laniado merupakan pemilik sebuah syarikat berlian terkemuka dunia, Omega Diamonds yang berpusat di Belgium. Namun begitu, semalam Laniado dikhabarkan meninggal dunia berpunca daripada kes yang agak luar biasa.

Jalani Rawatan Besarkan Alat Sulit

Terdahulu, laporan antarabangsa memberitahu jutawan itu telah berkunjung ke sebuah pusat kesihatan tidak dikenali di Avenue des Champs-Elysees, Perancis pada Sabtu lalu bagi menjalani rawatan membesarkan alat sulitnya. Namun, malang tidak berbau kerana dia mengalami komplikasi serangan jantung ketika cecair disuntik pada alat sulitnya itu.

Seorang Yang Pentingkan Penampilan

Laniado mula dikenali ramai sebagai seorang individu yang mementingkan penampilannya. Malah pada 2015, dia mencuri perhatian dunia dengan menghasilkan berlian, Blue Moon of Josephine yang dijual kepada ahli perniagaan Hong Kong, Joseph Lau Luen Hung pada harga 36.8 juta pound (RM198 juta).

Selain itu, Laniado juga dikatakan memiliki sebuah penthouse termahal di Monaco dipercayai bernilai 30 juta pound sterling (RM162 juta). Seluruh kakitangan Laniado turut bersedih dengan khabar berita itu selain mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir pada jutawan ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ehud Arye Laniadoomega diamonds
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara