Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Tiada Siapa Menduga! 12 Artis Malaysia Ini Putuskan Cerai di Tahun 2019

by Zaidin Albert
November 13, 2019
55
KONGSIAN
Share on Facebook

Kes perceraian di kalangan selebriti sentiasa menjadi topik perbincangan orang ramai, lagi-lagi di Malaysia, isu beginilah yang sentiasa di ‘google’.

Walaupun setiap pasangan suami isteri sudah berjanji untuk menjadi setia hingga akhir hayat, walaubagaimanapun beberapa pasangan artis di Malaysia ini akhirnya tidak mampu mengotakan janji tersebut.

Pada tahun 2019, ramai selebriti memutuskan untuk menamatkan perkahwinan mereka. Murai MY telah menyediakan sedikit bingkisan mengenai 12 pasangan artis yang bercerai di 2019.

Jue Aziz & Bayu Pramana Putra Achmal

Pelakon Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz agak senyap dalam dunia lakonan selepas berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal. Jue dan Bayu telah mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2014 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Pelakon ini telah mengakui bahawa dia sudah berpisah dengan suaminya namun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tarikh sebenar perceraian mereka.

Vanida Imran & Rashidi Ishak

Selepas 17 tahun perkahwinan, Vanida Imran dan Rashidi Ishak bersetuju untuk bercerai. Walaupun mereka jarang sekali dilanda gosip liar, menurut Shidi, dia terpaksa merahsiakan berita itu selama ini kerana ingin menjaga privasi dan kehormatan keluarga kedua-dua belah pihak. Kedua-dua mereka secara rasmi bercerai pada 9 Ogos tahun lalu dan kini masih dalam hubungan baik.

Aliff Aziz & Bella Astillah

Perceraian Aliff Aziz dengan Bella Astillah pernah menjadi berita hangat suatu ketika dahulu. Aliff dikatakan curang buat kali ketiga dan kemudian berlakunya pergolakan dalam rumah tangga mereka.

Topik Berkaitan Fizo Omar Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Ke-4-"Semoga Allah Pelihara Rumah Tangga Kami..."

Menurut Bella, keputusan memohon perceraian ini dibuat selepas memikirkan perihal keluarganya. Perkahwinan mereka secara rasmi berakhir pada 16 Mei 2019.

Dato A. Aida dan Ariff Aziz

Untuk ke-empat kalinya, Dato A. Aida terpaksa mengakhiri perkahwinannya yang dibina kurang dari setahun. A. Aida mengumumkan perceraiannya dengan Ariff pada 25 April lalu menerusi sebuah sidang akhbar khas yang diadakan di Hotel Concorde.

Bertanya mengenai punca penceraian, dengan tenang A. Aida menjawab tiada jodoh dan enggan mengulas lanjut lebih mendalam.

Sam Bunkface & Aida Azira

Selepas berkahwin selama hampir empat tahun, Sam mengesahkan bahawa kedua-dua mereka sudah bercerai secara sah pada Januari lalu.

Menurut Sam, keputusan itu dibuat kerana akui tiada lagi persefahaman antara kedua-dua mereka dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Sam dan Aida telah berkahwin pada April 2015 dan dikurniakan eorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.

Radhi OAG & Nur Shahira Ayu

Berita mengejutkan itu telah disahkan oleh isterinya sendiri Nur Shahira Ayu yang mendakwa mereka sudah bercerai. Menurut isteri penyanyi itu yang mesra disapa sebagai Ayu berkata Radhi sudah melafazkan talak terhadapnya pada 25 Mac lalu.

Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.

Topik Berkaitan Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- "Daddy Dulu Botol Mineral Je.."

Fizo Omar & Mawar Karim

Sentiasa kelihatan intim dan harmoni, tiada siapa yang menyangka Fizo Omar sah bercerai talak satu dengan Mawar Karim pada 10 Julai 2019 yang lalu. Malah keputusan mereka untuk berpisah membuat kan banyak pihak sedih.

Difahamkan, perceraian itu berpunca daripada masalah keluarga dan bukannya orang ketiga. Pasangan itu yang bernikah pada November 2013 dikurniakan cahaya mata bernama Wan Maryam berusia dua tahun.

Betty Banafe & Bruce Dargus

Pada tahun ini juga, pelakon senior, Betty Banafe telah mengumumkan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya, Bruce Dargus setelah 8 tahun mendirikan rumahtangga. Betty dan Bruce mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.

 Zahid AF2 & Sarah Julifa Yusof 

Setelah berkahwin selama 6 tahun dengan Sarah Julifa Yusof, penyanyi dan penyampai radio Zahid AF2 memilih untuk menamatkan perkahwinannya pada 18 Julai lalu.

Menurut Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, mereka sudah hampir setahun tidak tinggal sebumbung sebelum berpisah secara baik pada Julai yang lalu, tiga hari sebelum hari lahir bekas isterinya itu pada tanggal 21 Julai.

Lufya Omar dan Dr Che Muhammad Hafiz

Jarang muncul di kaca TV, tiba-tiba penyanyi Lufya muncul dengan berita perceraiannya dengan Dr Che Muhammad Hafiz. Difahamkan suaminya mengungkap penceraian menerusi WhatsApp. Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

Topik Berkaitan Fizo Omar Luah Rasa Kagum Dengan Syed Saddiq & Bella Astillah-"You Pilih Tanggungjawab..."

Natasha Hudson & Noor Nashriq Sekarno

View this post on Instagram

A post shared by Natasha Hudson (@natashahudsonofficial)

Setelah menerima perkhabaran mengenai rumah tangganya berantakan, Natasha Hudson mengesahkan dia dan Noor Nashriq Sekarnor bukan lagi suami isteri. Mereka sudahpun bercerai baru-baru ini namun tidak memaklumkan tarikh yang tepat. Menurut

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 37 ini, segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Beliau sangat gembira dan tenang meneruskan kehidupan dengan baik setelah kembali solo.

Ini merupakan perkahwinan kali-4 Natasha pada Disember tahun lalu tetapi mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Walaubagaimanapun, Natasha memiliki dua cahaya mata, Naeema Kalila dan Faatimah dari perkahwinan yang ke-3.

Hunny Madu & Khairul Azhar Abdul Wahid

Penyanyi dan pengacara Hunny Madu menyatakan bahawa dia dan bekas suaminya telah sah menamatkan status rumah tangga mereka. Pengakuan ini dibuat menerusi muat naik sebuah video di laman Instagram miliknya mengenai status perkahwinannya.

Dia dan bekas suaminya, Khairul Azhar Abdul Wahid telah sah bercerai sejak Oktober tahun lalu, namun mereka berdua telah menandatangani dokumen penceraian pada Julai yang lalu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fizo omarhunny maduKhairul Azhar Abdul WahidMawar Karim
Share36Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Cristiano
Spotlight

Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

by Nurul A.
August 3, 2026

Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo bakal berkahwin dengan kekasih hatinya, Georgina Rodriguez. Bintang itu dikatakan akan berkahwin pada hujung...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Spotlight

Tengah ‘Hangat’ Bercinta Pun David Beckham Sempat Curangi Isteri, Ini Kisahnya…

by Nurul A.
July 31, 2026

Sejujurnya MURAI rasa kita jarang atau mungkin tak pernah dengar kisah curang di antara David dan Victoria Beckham. Walaupun mereka...

Read moreDetails
Spotlight

11 Tayangan Baharu Netflix Yang Patut Kamu Tonton Pada September Ini!

by Nurul A.
August 28, 2026

September bermula dengan drama yang mendebarkan, komedi yang menggelikan hati, dan rancangan kegemaran keluarga di Netflix. 11 Tayangan Menanti Penonton...

Read moreDetails
D'Masiv "Asia Home Run"
Spotlight

D’Masiv Kembali Ke KL Menerusi Jelajah “Asia Home Run” November Ini!

by Nurul A.
September 7, 2026

Selepas siri jelajah di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, kumpulan D'Masiv yang berasal dari Indonesia, kini sedia bertemu peminat di Asia...

Read moreDetails
Eyra Hazali Bunian
Spotlight

[VIDEO] “Adik Beradik ‘Cop’ Saya Bunian”- Eyra Hazali

by Nurul A.
August 20, 2026

Pelakon Eyra Hazali mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah misteri mengenai kelahirannya. Menerusi podcast Sembang Seram, Eyra mendakwa kejadian itu...

Read moreDetails
Siti Nurhaliza TokTi
Spotlight

Individu Cari Isteri Pandai Gosok Baju, Komen TokTi Buat Ramai Dekah- “Dato K Pun…”

by Nurul A.
September 25, 2026

Hantaran seorang pengguna Threads, dikenali dengan nama Airell Rezell, mengenai ciri pasangan idaman yang pandai menggosok pakaian telah mengundang perhatian...

Read moreDetails
Anjing Aamir Khan
Spotlight

Tuai Kontroversi, Aamir Khan Pernah Namakan Anjingnya Sebagai “Shah Rukh Khan”

by Nurul A.
August 8, 2026

Ketika mempromosikan filem 'Sitaare Zameen Par', Aamir Khan telah berkongsi pandangan mengenai pelbagai fasa dalam kehidupannya. Kongsiannya itu termasuklah fasa...

Read moreDetails
Spotlight

Bila Muzik Tak Lagi Sekadar Muzik, Kata-Kata Amy Lee Kembali Jadi Perhatian

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Pernah tak anda terfikir, sejauh mana seorang artis patut bersuara tentang isu dunia? Persoalan itu kembali menjadi bualan selepas rapper...

Read moreDetails
Jennifer Lopez
Spotlight

Pelanduk Dua Serupa, Peminat Sangka Jennifer Lopez Jadi Pencuri Bateri

by Nurul A.
September 21, 2026

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali...

Read moreDetails
Yu Yuhan
Spotlight

[VIDEO] Terlalu Taksub, Netizen Sokong Yu Yuhan ‘Lempang’ Peminat Sasaeng

by Nurul A.
September 1, 2026

Tak dinafikan ramai selebriti antarabangsa sering diganggu oleh peminat fanatik, dan nampaknya penyanyi-pelakon China, Yu Yuhan sudah tidak tahan dengan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara