Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Berehatlah Mak…”- Ibu DJ Lin Meninggal Dunia

DJ Lin turut menceritakan bahawa ibunya sudah puas menanggung kesakitan, malah dia dan ahli keluarga sudah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan penyakit ibunya

by Naddy Joe
June 24, 2022
via Instagram DJ Lin

via Instagram DJ Lin

Share on Facebook

Penyampai radio popular yang juga Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin berkongsi khabar sedih apabila ibu tercinta, Hajah Puteh Binti Jantan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.50 pagi ini (Jumaat) akibat penyakit buah pinggang.

Berita itu dikongsi menerusi sebuah hantaran di Instagram sebentar tadi, DJ Lin mengatakan bahawa ibunya telah meninggal dunia di rumah mereka yang terletak di Larkin Jaya, Johor Bahru.

“Salam Jumaat semua, dengan lafaz Bismillah, DJ Lin ingin memaklumkan bahawa Ibunda Lin yang tercinta, Puan Hajah Puteh Binti Jantan baru sahaja meninggal dunia jam 4.50 pagi ini (Jumaat , 24 Jun 2022) di rumah kami di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor.”-Kongsinya.

Sudah Puas Menanggung Kesakitan

Dalam pada itu, DJ Lin turut menceritakan bahawa ibunya sudah puas menanggung kesakitan, malah dia dan ahli keluarga sudah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan penyakit ibunya. Namun, dia harus mengakui Allah lebih menyayangi Allahyarhamah.

“Berehatlah Mak..Puas Mak menanggung kesakitan. Kami semua dah berusaha yang terbaik untuk menyembuhkan sakit Mak namun Allah lebih menyayangimu Mak.

“Mak akan sentiasa ada di hati kami dan kenangan kita bersama takkan pernah sekali pun orang lupakan ya Mak ❤️.”-Kata DJ Lin

via Instagram DJ Lin

Di kesempatan itu, DJ Lin juga memaklumkan bahawa jenazah ibunya akan dikebumikan pada sebelum waktu solat Jumaat hari ini.

DJ Lin turut memohon orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah agar rohnya dapat ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Salam takziah buat DJ Lin sekeluarga dari kami di Murai MY. Al-Fatihah…

DJ Lin
https://lomp.at/m6nwv
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Zarina Anjoulie Pertahan Betty Rahmad Isu Dituduh Biadap Dengan Penjual Di Singapura?

by Naddy Joe
March 4, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sebelum ini menjadi bualan netizen didakwa biadap selain meninggikan suara terhadap pekerja di sebuah...

Read moreDetails
Lokal

Josiah Hogan Dedah Sikap Pelakon Yang ‘Demand’, Undang Reaksi Rakan Selebriti!-“Yang Tu Station Suka..”

by Naddy Joe
April 8, 2026

Aktor, Josiah Hogan mempersoalkan sikap seorang pelakon yang dikatakan bersikap 'demand' mahukan bayaran yang mahal dan pulang awal ke rumah...

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Teruja Dapat Selongkar Rumah Azrinaz Mazhar Hakim-“Bilalah Saya Nak Duduk Rumah Cantik Macam Ni..”

by Naddy Joe
April 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa teruja apabila melihat dekorasi kediaman bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim...

Read moreDetails
Lokal

iQIYI Starship 2026 Mendarat di Kuala Lumpur, Dimeriahkan oleh Kehadiran Esther Yu

by Naddy Joe
April 12, 2026

Peminat di Malaysia disajikan dengan malam yang menggembirakan apabila iQIYI Starship 2026 membuat penampilan sulungnya yang sangat dinanti-nantikan di Kuala...

Read moreDetails
Lokal

Atikah Suhaime Terkejut Disoal Netizen Adakah Ubat Gigi Boleh Hilangkan Karang Gigi, Ini Responnya!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Atikah Suhaime tampil memberi penjelasan selepas terdapat netizen yang bertanyakan kepadanya soalan berkaitan salah sebuah produk keluaran Zaitun yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara