Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Ramai Datang Tengok Ironman, Tapi Tak Ramai Tahu Desaru Coast Ada Semua Ini!

by Phic ARMAN
August 11, 2026
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejujurnya, sebelum tiba di Desaru Coast, tidak terfikir bahawa destinasi peranginan ini boleh menjadi begitu meriah apabila berlangsungnya acara berskala besar.

Kami berkesempatan berada di Desaru Coast Multisport Festival Presented by Ironman 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 26 Julai lalu. Pada awalnya, kami membayangkan Desaru Coast sebagai destinasi yang lebih tenang, sesuai untuk berehat di resort, menikmati pantai atau menghabiskan masa bersama keluarga.

Namun, pengalaman selama tiga hari di sini mengubah tanggapan tersebut.

Daripada kemeriahan Festival Village, aktiviti keluarga, sukan, pengalaman meneroka hutan paya bakau hinggalah menikmati Adventure Waterpark Desaru Coast, MURAI dapat merasakan sendiri bagaimana Desaru Coast mampu berubah menjadi sebuah destinasi yang cukup hidup apabila acara besar berlangsung.

Hari Pertama: Sampai Di Desaru Coast, Terus Masuk Festival Mood

Perjalanan kami bermula dengan ketibaan di Desaru Coast sebelum terus menuju ke Hard Rock Hotel Desaru Coast untuk proses daftar masuk.

Selesai meletakkan barangan dan berehat sebentar, kami bergerak ke Festival Village di Riverside sekitar jam 4.30 petang.

Pada ketika itu, suasana sudah mula terasa.

Festival Village di Riverside

Orang ramai mula memenuhi kawasan festival. Ada yang hadir untuk menyokong peserta, ada yang menyertai aktiviti dan tidak kurang juga keluarga yang datang untuk menikmati suasana bersama anak-anak.

Dan di sinilah tanggapan pertama MURAI tentang Desaru Coast mula berubah.

Festival Village Memang Hidup!

Kalau ditanya bahagian mana yang paling terasa kemeriahannya sepanjang lawatan kami, jawapannya sudah tentu Festival Village.

MURAI pada awalnya tidak menjangka kawasan ini akan menjadi sebegitu meriah. Kami datang dengan gambaran bahawa Desaru Coast lebih kepada percutian santai dan aktiviti resort.

Tetapi sebaik sahaja tiba, kawasan ini terasa seperti sebuah ruang rekreasi terbuka yang menggabungkan sukan, hiburan, keluarga dan gaya hidup luar dalam satu lokasi.

Menariknya, Festival Village bukan hanya untuk atlet.

Pengunjung biasa juga boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti Paintball, AirBadminton, TeqBall dan Pound & Zumba.

Desaru Coast
Drum Circle

Bagi yang lebih gemar aktiviti santai, terdapat pula Artisanal Market untuk diterokai.

MURAI sendiri merasakan konsep sebegini menjadikan festival lebih menarik kerana setiap pengunjung boleh menikmati acara mengikut cara masing-masing.

Topik Berkaitan Sibuk Kejar Impian, Imran Aqil Dihujat Netizen- "Imagine Kalau Wife Yang Buat Macam Tu"

Tidak perlu menjadi atlet untuk turut merasai kemeriahan.

Ingatkan Tiada Aktiviti Untuk Budak Kecil

Ini antara perkara yang paling membuatkan MURAI terkejut.

Sebelum datang, sempat juga terlintas dalam fikiran, “Kalau datang dengan anak kecil, ada aktiviti untuk mereka?”

Rupa-rupanya memang banyak.

Kami dapat melihat keluarga datang bersama anak-anak dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan.

Aktiviti Kite Flying & Workshop, misalnya, kelihatan sederhana tetapi cukup menyeronokkan untuk dilakukan bersama keluarga.

Desaru Coast
Kite Flying & Workshop
Desaru Coast
Kite Flying & Workshop
Desaru Coast
Kite Flying & Workshop

Kanak-kanak boleh bermain, manakala ibu bapa turut sama membantu dan menikmati masa bersama.

Bagi MURAI, aktiviti seperti inilah yang menjadikan Desaru Coast sesuai untuk keluarga yang mahu beriadah tanpa perlu merancang aktiviti yang terlalu kompleks.

Boleh bermain, boleh bergerak aktif dan pada masa sama menikmati suasana luar.

Bila Drum Circle Bermula, Suasana Bertambah Meriah

Selepas sesi layang-layang, kami meneruskan petang dengan Drum Circle sebelum meneroka Festival Village dengan lebih jauh.

Bunyi paluan dram yang memenuhi kawasan Riverside secara tidak langsung menarik perhatian pengunjung.

Desaru Coast
Drum Circle

Orang ramai mula berkumpul dan menikmati suasana.

Daripada aktiviti sukan yang lebih aktif, suasana bertukar menjadi lebih santai dan sosial.

Ketika berjalan di sekitar Festival Village, kami dapat melihat bagaimana kawasan ini menjadi titik pertemuan antara atlet, keluarga, pelancong dan pengunjung biasa.

Bagi MURAI, inilah yang paling menarik.

Kami datang untuk melihat acara sukan, tetapi Festival Village pula yang membuatkan kami mahu berada lebih lama.

Hari Kedua: Dari Hutan Bakau Ke Perlumbaan Ironman

Hari kedua bermula dengan sarapan di hotel sebelum kami bergerak ke Sungai Lebam yang terletak kira-kira 12km dari Desaru Coast untuk merasai pengalaman Desaru Lebam River Mangrove Cruise. Aktiviti ini boleh diatur bersama pihak Junglewalla yang juga menyediakan pelbagai pilihan aktiviti alam semulajadi yang menarik.

Perjalanan menyusuri sungai ini memberikan perspektif yang berbeza tentang Desaru Coast.

Desaru Coast
Desaru Lebam River Mangrove Cruise
Desaru Coast
Desaru Lebam River Mangrove Cruise

Jika Festival Village memperlihatkan sisi Desaru yang meriah, mangrove cruise pula membawa kami lebih dekat dengan alam semula jadi.

Sepanjang perjalanan, kami dapat menikmati suasana hutan paya bakau yang lebih tenang dan jauh daripada kesibukan festival.

Topik Berkaitan Desaru Coast Terus 'Level Up', Jadi Tuan Rumah Kejohanan Golf Dunia 2026

Bagi MURAI, aktiviti sebegini juga sesuai untuk keluarga kerana ia tidak memerlukan aktiviti fizikal yang berat. Anak-anak boleh melihat sendiri persekitaran semula jadi dan belajar tentang ekosistem kawasan bakau sambil menikmati perjalanan.

Kembali Ke Festival Village, Kali Ini Dengan Suasana Ironman

Selepas selesai mangrove cruise, kami kembali ke Festival Village untuk masa bebas dan menyaksikan kemeriahan Ironman race.

Ketika itu, barulah kami benar-benar dapat merasakan skala acara ini.

Ribuan atlet dari pelbagai lokasi berkumpul untuk mencabar diri di laluan perlumbaan yang berlatarbelakangkan pantai dan pemandangan Desaru Coast.

Melihat peserta beraksi secara langsung memberikan pengalaman yang berbeza berbanding sekadar melihat gambar atau video.

Lebih menarik, orang ramai turut berada di sekitar laluan untuk memberikan sokongan.

Suasana ini membuatkan Desaru Coast terasa seperti sebuah destinasi sukan antarabangsa, tetapi masih mengekalkan identitinya sebagai kawasan peranginan.

Petang Pun Masih Aktif

Selepas menikmati suasana perlumbaan, aktiviti kami masih belum berakhir.

Kami mencuba Pickleball Game di Pickleball Court, Riverside sebelum menyertai sesi Sweat & Splash: Pound & Zumba di The Westin Beach.

Desaru Coast
Pickle Game di Pickleball Court, Riverside

Desaru Coast Desaru Coast

Jika sebelum ini kami melihat keluarga beriadah di Festival Village, kali ini kami sendiri berpeluang merasai aktiviti fizikal dalam suasana terbuka.

Dengan pantai sebagai latar belakang, sesi Pound & Zumba terasa lebih santai dan menyeronokkan.

Tidak semestinya perlu berada di gimnasium untuk bersenam.

Malam Ditutup Dengan Movie Night

Selepas seharian bergerak, malam kedua ditutup dengan Movie Night di Amphitheater, Riverside. Suasana malam yang lebih santai menjadi penutup yang sesuai selepas jadual yang cukup padat. Menariknya, aktiviti seperti ini menunjukkan bahawa pengalaman di Desaru Coast tidak berhenti apabila matahari terbenam. Siang boleh dipenuhi aktiviti sukan dan rekreasi, manakala malam pula boleh dinikmati dengan aktiviti yang lebih santai.

Dan pada ketika ini, persoalan MURAI pada hari pertama tentang sama ada Desaru Coast sesuai untuk membawa anak kecil sudah terjawab.

Ya, memang sesuai.

Malah, jika datang bersama keluarga, pilihan aktivitinya boleh dikatakan lebih banyak.

Daripada aktiviti di Festival Village, permainan pantai, kite flying, mangrove cruise hinggalah Adventure Waterpark, ada banyak perkara yang boleh dilakukan tanpa perlu menghabiskan keseluruhan masa di hotel.

Topik Berkaitan Sibuk Kejar Impian, Imran Aqil Dihujat Netizen- "Imagine Kalau Wife Yang Buat Macam Tu"

Selepas selesai aktiviti, tibalah masa untuk kami check-out dan meninggalkan Desaru Coast.

Desaru Coast Bukan Sekadar Tempat Untuk Menginap

Desaru COast
Pound & Zumba

Selepas tiga hari berada di sini, MURAI melihat Desaru Coast daripada perspektif yang berbeza.

Destinasi ini sememangnya mempunyai resort bertaraf antarabangsa seperti Mandarin Oriental Desaru Coast, Anantara Desaru Coast Resort & Villas, The Westin Desaru Coast Resort dan Hard Rock Hotel Desaru Coast.

Tetapi pengalaman kami membuktikan bahawa ada lebih banyak perkara yang boleh diterokai.

Kawasan seluas kira-kira 4,000 ekar ini turut menempatkan The Els Club Malaysia Desaru Coast, Adventure Waterpark Desaru Coast, Desaru Coast Conference Centre serta Desaru Coast Ferry Terminal yang menyediakan akses terus dari Singapura.

Datang Kerana Ironman, Balik Dengan Cerita Lebih Banyak

Bagi MURAI, pengalaman paling menarik sepanjang tiga hari ini bukan semata-mata mengenai perlumbaan Ironman.

Sebaliknya, ia adalah bagaimana sebuah acara sukan mampu menghidupkan keseluruhan destinasi.

Festival Village menjadi nadi kemeriahan. Atlet datang untuk bertanding, keluarga hadir untuk beriadah, pengunjung menikmati aktiviti dan pelancong pula mendapat peluang melihat sisi Desaru Coast yang mungkin tidak mereka temui ketika datang pada hari biasa.

Sebelum ini, MURAI sendiri tidak terfikir Desaru Coast boleh semeriah ini.

Tetapi apabila ada acara besar, suasananya berubah sepenuhnya.

Daripada layang-layang pada petang pertama, paluan Drum Circle, kemeriahan Ironman, mangrove cruise, permainan pickleball, Pound & Zumba, Movie Night hinggalah Adventure Waterpark pada hari terakhir semuanya memberikan pengalaman yang berbeza.

Jadi, jika ada yang bertanya sama ada Desaru Coast sesuai untuk percutian keluarga, jawapan MURAI selepas merasainya sendiri adalah ya.

Datang untuk berehat boleh. Datang untuk beriadah boleh. Datang bersama anak-anak pun boleh. Dan jika kebetulan ada acara besar berlangsung, bersedialah untuk melihat Desaru Coast dalam versi yang jauh lebih meriah.

Kerana seperti namanya, Desaru Coast bukan sekadar coast.

Ada banyak lagi yang menanti untuk diterokai.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
6
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Desaru CoastDesaru Lebam River Mangrove CruiseIronman
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Nak Travel Dari Subang? Batik Air Ada 9 Destinasi, Bagasi Percuma & Tawaran Merdeka

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Sempena sambutan Merdeka tahun ini, Batik Air bukan sekadar meraikan semangat kebangsaan. Sebaliknya, syarikat penerbangan itu turut memperkukuh kehadirannya di...

Read moreDetails
Coffee Terrace
LifeXplore

Coffee Terrace Kembali Dengan Bufet Makan Malam Ikonik “The Nostalgic Spread”

by Nurul A.
August 14, 2026

Selepas beberapa tahun tidak ditawarkan, bufet makan malam ikonik Coffee Terrace kini kembali menerusi “The Nostalgic Spread”, membawakan semula pengalaman...

Read moreDetails
LifeXplore

Naik Komuter Waktu Subuh, Netizen Tersentuh Lihat Abang-Abang Solat Berjemaah Dalam Tren

by Phic ARMAN
August 17, 2026

Pernah tak kita terfikir, dalam keadaan mengejar masa untuk sampai ke tempat kerja, bagaimana orang lain memastikan kewajipan tetap dijaga?...

Read moreDetails
LifeXplore

HABIB Tawar Diskaun RM63 Setiap Gram Sempena Hari Malaysia, Ini Promosinya!

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Sempena Hari Malaysia ke-63, HABIB mengajak rakyat Malaysia meraikan semangat perpaduan dengan sesuatu yang lebih bermakna menerusi kempen Istimewa Hari...

Read moreDetails
Foto- Ouji
LifeXplore

“Harumnya Merdeka Bersama-Sama”, 1Utama Tawar Pengalaman Penemuan Haruman Sepanjang Minggu

by Nurul A.
August 24, 2026

Sempena bulan Merdeka ini, Ouji menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan semangat perpaduan, kegembiraan dan kebersamaan melalui acaranya, "Harumnya Merdeka...

Read moreDetails
Kimpton Naluria KL
Selera

Kimpton Naluria KL Perkenal Set Hadiah Pertengahan Musim Luruh Yang Pertama

by Nurul A.
August 4, 2026

Kimpton Naluria Kuala Lumpur (KL) mengalu-alukan Festival Pertengahan Musim Luruh sulungnya dengan pelancaran Celestial Duality 星月之境 (xīng yuè zhī jìng)....

Read moreDetails
PUMA Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur
LifeXplore

“We Own The Week”, PUMA Bawa Litar Perlumbaan F1 Di Tengah Pavilion Kuala Lumpur

by Nurul A.
September 24, 2026

Memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi Grand Prix Bahrain, PUMA Malaysia melancarkan kempen "We Own The Week", membawa keterujaan...

Read moreDetails
remix
Selera

Secret Recipe Perkenal 4 Hidangan ‘Remix’ Lokal , Khas Untuk Bulan Merdeka Ini!

by Nurul A.
August 10, 2026

Khas untuk bulan Merdeka ini, Secret Recipe meraikan identiti kulinari negara yang meriah dengan Menu Istimewa Merdeka yang serba baharu,...

Read moreDetails
Jelly Bunny x Hello Kitty
Fesyen

Jelly Bunny Kembali Dengan Koleksi Kolaborasi Bersama Hello Kitty Yang Ikonik!

by Nurul A.
August 16, 2026

Khas untuk musim ini, Jelly Bunny berganding bahu dengan Hello Kitty, watak kelahiran British yang disayangi dari Sanrio dan salah...

Read moreDetails
LifeXplore

Kenapa Suria KLCC Pilih Rizman Ruzaini Buka Tirai KLFW 2026? Ini Alasannya

by Phic ARMAN
August 12, 2026

Pernah tertanya-tanya kenapa Rizman Ruzaini yang dipilih untuk membuka tirai Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026? Bagi MURAI, pemilihan ini...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara