Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Bukan Sekadar Ladang! Aliyah Rizq Farm Rupanya Port Qurban & Aktiviti Rare Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
May 2, 2026
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban, dan inilah masa sesuai untuk kenali Aliyah Rizq Farm yang merupakan sebuah ladang ternakan moden di Desaru yang bukan sahaja menyediakan perkhidmatan aqiqah dan qurban, tetapi juga dibuka kepada orang ramai untuk merasai pengalaman kehidupan di ladang. Dengan konsep santai dan mesra pengunjung, tempat ini menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mendekati haiwan ternakan sambil menikmati suasana alam yang tenang.

Terletak di Desaru, Johor, ladang ini bukan sekadar tempat ternakan biasa, tetapi turut dibuka kepada pengunjung yang nak merasai pengalaman “farm life” secara dekat.

Dari Ladang Kecil Ke 100 Ekar

Gambar: Official Website @AliyahRizqfFarm

Apa yang menarik, Aliyah Rizq Farm bermula pada tahun 2015 sebagai ladang kecil seluas 2 ekar di Mersing dengan hanya sekitar 30 ekor kambing dan biri-biri.

Kini, ia sudah berkembang menjadi ladang seluas 100 ekar di Desaru dengan lebih 1000 haiwan ternakan termasuk kambing, biri-biri, lembu, kuda dan pelbagai jenis unggas. Perkembangan ini menunjukkan permintaan yang semakin tinggi, terutamanya untuk perkhidmatan aqiqah dan qurban.

Kalau bayangkan ladang hanya penuh dengan haiwan, di sini konsepnya lebih santai dan mesra pengunjung. Kalian boleh berjalan di kawasan hijau yang luas, hirup udara segar dan lupakan sekejap tekanan harian.

Suasana di ladang ini memang sesuai untuk mereka yang nak kosongkan fikiran dan healing sambil menikmati kehidupan desa yang tenang.

Topik Berkaitan RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Aktiviti Menarik Untuk Semua

Pengunjung juga boleh cuba pelbagai aktiviti menarik seperti:

  • Menunggang kuda atau pony
  • Jungle trail ride
  • ATV di laluan hutan
  • Farm tour bersama keluarga
  • Pengalaman memerah susu anak haiwan
  • Barbecue

Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur, sama ada datang solo, dengan kawan atau family.

Harga Untuk Aktiviti Ladang & Menunggang Kuda

Gambar: Official Website @AliyahRizqfFarm

Peluang Dekat Dengan Haiwan

Salah satu tarikan utama di Aliyah Rizq Farm ialah peluang untuk berinteraksi secara dekat dengan haiwan seperti kuda, kambing dan biri-biri. Bagi kanak-kanak, ini bukan sahaja pengalaman seronok, tetapi juga peluang belajar tentang haiwan dan alam semula jadi secara lebih praktikal.

Lagi Banyak Tarikan Akan Datang

Menariknya, pihak ladang juga sedang merancang beberapa aktiviti baharu seperti:

  • Tunggang unta
  • Prawning dan memancing
  • Glamping
  • Flying fox dan abseiling
  • Indoor playground

Kalau semua ini sudah dibuka nanti, memang lagi meriah pengalaman di sini.

Info Penting Sebelum Datang

Lokasi ladang ini terletak di Desaru, Johor, berhampiran Bandar Penawar. Disebabkan kawasan agak pedalaman, disarankan untuk simpan atau cetak arah jalan sebelum ke sana kerana line telefon mungkin terhad.

Untuk aktiviti seperti horse riding, ATV dan farm, tour sebaiknya buat tempahan awal bagi elakkan slot penuh.

Aliyah Rizq Farm bukan sahaja sesuai untuk tujuan ibadah seperti aqiqah dan qurban, tetapi juga destinasi santai untuk bercuti pendek.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aliyah rizq farmjohor
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Foto- Ouji
LifeXplore

“Harumnya Merdeka Bersama-Sama”, 1Utama Tawar Pengalaman Penemuan Haruman Sepanjang Minggu

by Nurul A.
August 24, 2026

Sempena bulan Merdeka ini, Ouji menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan semangat perpaduan, kegembiraan dan kebersamaan melalui acaranya, "Harumnya Merdeka...

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
LifeXplore

“Bestnya Kalau Dapat Duet…”- Impian Marsha Dengan Ungu Kini Jadi Nyata

by Phic ARMAN
July 25, 2026

Ada impian yang kita simpan dalam hati tanpa berani cakap kuat-kuat. Itulah yang berlaku kepada Marsha Milan apabila hasratnya untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

30 Minit Dari Kota Kinabalu, Tuaran Jadi ‘Hidden Gem’ Yang Ramai Patut Tahu

by Phic ARMAN
July 26, 2026

Kalau sebut Kota Kinabalu, ramai terus bayangkan kesibukan bandar dan deretan tempat makan. Tapi MURAI nak kongsi satu spot yang...

Read moreDetails
LifeXplore

Tiket Jason Mraz KL Laris! 4 Kategori Baharu Kini Dibuka

by Phic ARMAN
August 14, 2026

Kalau anda antara yang sudah lama menunggu Jason Mraz kembali ke Malaysia, ini berita yang memang patut diberi perhatian! Menjelang...

Read moreDetails
Foto - Le Méridien Putrajaya
Budaya

Le Méridien Putrajaya Rai Musim Kebersamaan Dengan Koleksi Kuih Bulan

by Nurul A.
July 26, 2026

Le Méridien Putrajaya memperkenalkan Koleksi Kuih Bulan Pertengahan Musim Luruh 2026 sempena musim perayaan dan kebersamaan ini. Dihasilkan dengan penuh...

Read moreDetails
LifeXplore

Jam Tangan Kini Boleh Jadi ‘Health Buddy’ Dengan Galaxy Watch9

by Phic ARMAN
August 6, 2026

Kalau dulu jam pintar sekadar kira langkah dan tunjuk notifikasi, sekarang lain cerita. Samsung tampil dengan Galaxy Watch9 yang bukan...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Travel Dari Subang? Batik Air Ada 9 Destinasi, Bagasi Percuma & Tawaran Merdeka

by Phic ARMAN
September 2, 2026

Sempena sambutan Merdeka tahun ini,  Batik Air bukan sekadar meraikan semangat kebangsaan. Sebaliknya, syarikat penerbangan itu turut memperkukuh kehadirannya di...

Read moreDetails
Seiko 1880
LifeXplore

145 Tahun Bertahan, Rupanya Seiko Pernah Cipta Sesuatu Yang Mengubah Dunia

by Phic ARMAN
July 22, 2026

Kalau hari ini anda nampak seseorang memakai jam tangan Seiko, mungkin ramai menganggap ia sekadar jenama terkenal dari Jepun. Tapi...

Read moreDetails
LifeXplore

4 Stesen ECRL Yang Ada Rahsia & Cerita Warisan Tersendiri

by Phic ARMAN
August 21, 2026

Bila sebut ECRL, perkara pertama yang kita fikir mungkin perjalanan lebih cepat antara Pantai Timur dan Lembah Klang. Tapi tahukah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara