Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Fazura Tak Cakap Fattah Curang…”- Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Minta Netizen Henti Buat Andaian

by Puteri Alia
September 17, 2024
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Pasangan selebriti terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, tampil meminta orang ramai agar berhenti membuat spekulasi negatif mengenai kemelut rumah tangga pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin, yang kini hangat diperkatakan di media sosial.

Berita mengenai permohonan perceraian yang difailkan oleh Fazura pada 13 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling telah mencetuskan pelbagai dakwaan, termasuk tuduhan bahawa Fattah berlaku curang terhadap isterinya.

Menurut Wawa Zainal, 32, tuduhan tersebut tidak berasas dan hanya memanaskan lagi keadaan. Melalui satu video yang tular di TikTok, Wawa dengan tegas menafikan dakwaan curang itu dan meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan fitnah.

“Mana ada (dakwaan Fattah curang), kamu janganlah sebarkan fitnah itu. Bini dia sendiri pun tak ada cakap dia curang. Kamu orang saja yang buat spekulasi sendiri,” katanya.

Suaminya, Aeril Zafrel, 35, turut menyokong kenyataan Wawa, dengan menekankan bahawa banyak perkara boleh menyebabkan ketidaksefahaman dalam rumah tangga, namun orang luar tidak seharusnya membuat tuduhan melulu tanpa fakta.

“Kita pun tak tahu (punca). Bukan sebab curang, mungkin sebab tiada kesefahaman. Tidak semestinya orang itu mahu berpisah sebab curang semata-mata,” jelas Aeril.

Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah Amin mula tercetus apabila peminat menyedari kedua-duanya tidak lagi meninggalkan komen atau memberi tanda suka pada hantaran masing-masing di media sosial.

Topik Berkaitan Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-"Yang Buruk Ialah Sifat Sombong..."

Keadaan ini mencetuskan pelbagai andaian, dengan ramai yang membuat tuduhan bahawa isu curang mungkin punca perceraian.

Bagaimanapun, Fattah Amin telah tampil menjelaskan bahawa beliau hanya mengetahui mengenai permohonan cerai Fazura menerusi media sosial. Fattah juga menegaskan bahawa dia tidak berlaku curang dan masih menyayangi isterinya.

Dalam situasi yang penuh dengan spekulasi ini, Wawa dan Aeril menyeru agar netizen lebih berhati-hati sebelum membuat kesimpulan.

Mereka juga menasihati orang ramai agar menghormati privasi Fazura dan Fattah serta memberi ruang kepada pasangan itu untuk menyelesaikan masalah mereka tanpa campur tangan orang luar.

Rumah tangga selebriti sering menjadi tumpuan, namun pasangan ini menekankan bahawa tuduhan yang tidak berasas hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Peminat diingatkan untuk berhenti menyebarkan spekulasi dan memberi pasangan ini ruang untuk menyelesaikan isu rumah tangga mereka dengan tenang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fattah aminfattah curangfazurafazura dan fattahFazura mintak ceraifazura sedih
Share10Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Yang Chao-yue
Filem

Dari ‘Rival’ Jadi Kekasih? Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian!

by Nurul A.
November 11, 2026

C-Drama kembali 'mendunia' di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul 'Sunshine Through The Rain', memaparkan kisah...

Read moreDetails
Spotlight

Dato’ Fazley Dedah ‘Match Maker’ Di Sebalik Hubungannya Dengan Datuk Seri Vida

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Siapa sangka, usikan anak-anak boleh menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan istimewa? Itulah yang berlaku kepada penyanyi dan cef selebriti,...

Read moreDetails
Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
will hyde, blvckheart
Spotlight

will hyde & BLVCKHEART Lancar Single Kolaborasi “love 4 granted”

by Nurul A.
September 29, 2026

Artis indie-pop dan R&B Australia, will hyde, kembali dengan single terbaharunya, ‘love 4 granted’, sebuah lagu kolaborasi bersama artis hip-hop Thailand,...

Read moreDetails
Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Foto - @soganzi_51 (IG)
Spotlight

Bukan Hadiah Biasa, So Ji Sub ‘Belanja’ Peminat Taiwan Jongkong Emas!

by Nurul A.
November 11, 2026

Aktor popular Korea Selatan, So Ji Sub telah mengejutkan orang ramai dengan sikap murah hatinya. Dia bukan sahaja menghadiahkan kakitangan...

Read moreDetails
Korea
Spotlight

Baru Episod 6, Netizen Korea Nak Boikot Drama “Doctor X: Mafia in White”?

by Nurul A.
October 27, 2026

Walaupun ada yang memuji "Doctor X: Mafia in White", namun baru-baru ini drama itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen...

Read moreDetails
Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Spotlight

Dari Kudrat Boys, Insomniacks Ke Ziana Zain, Astro Bawa Dua Konsert Mega

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Bagi anda yang masih mencari aktiviti menarik untuk mengisi hujung tahun, Astro nampaknya sudah menyediakan sesuatu yang istimewa buat peminat...

Read moreDetails
Seungri
Spotlight

Kahwin Dengan Wanita 20-An, Seungri Dedah Bakal Timang Anak Pertama

by Nurul A.
October 28, 2026

Bekas ahli BIGBANG, Seungri berkongsi telah mendaftarkan perkahwinannya dengan teman wanitanya yang berusia 20-an dan bukan dari kalangan selebriti atau...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  3. 3

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    Diet Tembikai Boleh Hilangkan Perut Buncit Dalam Seminggu?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara